Monday, 23 March 2020

Kashmir In Autumn

Kashmir In Autumn


Kashmir  Autumn
   Apa yang special musim Kashmir Autumn tu?
       hmmm... bagi yang tak tau lagi, pada musim luruh (autumn) ni ada.. chinnar leaves, bentuknya lebih kurang macam maple leaves.. yang kuning-merah sangat cantik warnanya.. terus rasa romantik pulak.. heheee... ada saffron yang tumbuh waktu itu, ada pokok apple yang kita boleh petik sendiri buah nya okeyyy..

Walau pun saffron dan buah apple akan tumbuh pada musim Autumn ini, ianya tidak bermakna akan ada di sepanjang musim Autumn itu kerana bergantung juga pada faktor cuaca. 

Kadang-kadang, musim Autumn ini akan menjelma lebih awal dari tempoh yang sepatutnya, iaitu akhir September atau awal bulan Oktober. Tapi ketika itu, chinnar leaves belum lagi berubah warna ke warna musim Autumn. Selalunya daun ini akan bertukar warna pada pertengahan bulan November.

Buah Apple pula, jika di akhir musim Autumn, akan tiada lagi di pokok. Maka, harapan untuk anda mendapat pengalaman memetik buah apple ini amat tipis lah...

Saffron pula akan tumbuh cuma dalam tempoh sebulan sahaja. Selalunya, di awal bulan Oktober. Jika pergi di pertengahan bulan November, kemungkinan besar ladang ini sudah bagai padang jarak padang tekukur.. hehee..

Jadi, ianya semua unpredictable... 
Semuanya terpulang pada rezeki bakal pelancong itu sendiri ketika mereka berkira-kira untuk memilih tarikh untuk melancong ke Kashmir kerana kebiasaannya pelancong akan hanya melancong ke Kashmir 
di antara 4-7 hari sahaja. Andalah yang menentukan sendiri samada nak dapat tengok bunga saffron penuh di ladang atau pun nak tengok chinnar leaves keemasan ye..

Antara 4 musim di Kashmir itu, musim Autumn lah yang paling aku suka sekali sebab pemandangan nya yang sangat cantik dengan chinnar leaves yang berbagai warna itu.


KASHMIR in AUTUMN

October to November (6-10 degrees):

Kashmir is a photographer’s paradise in Autumn. You will scarcely be able to stop clicking photos if you visit Kashmir in the Autumn. Chinnar leaves shed their golden leaves and the roads and pathways takes on amazing red, golden and fire orange colors.


gambar dari google


gambar dari google


gambar dari google


gambar dari google



Apple Orchards are situated all around the valley. However, apple trees full of fruit can be seen only in the autumn season but is a lifetime experience.




Agricultural fest is organized in Parampore in Kashmir which is very famous. This is also the season for handicraft fairs and festivals in Kashmir as well as the jam and the jelly making season. Don’t leave Kashmir till you have purchased some Kashmiri stitch shawls and delicious cherry and apricot jam.


gambar dari google


Amacam..Cantik kan... Autumn season?





Musim Buah Apple Di Kashmir

Musim Buah Apple Di Kashmir


Pokok apple di Kashmir akan menghasilkan buah apple pada Musim Autumn iaitu pada bulan Oktober-November pada setiap tahun. Banyak ladang buah apple yang akan kita lihat semasa dalam perjalanan ke Pahalgam dan juga Sonamarg. 

Anda juga akan dibawa singgah ke ladang buah apple ini untuk memberikan pengalaman memetik buah apple itu sendiri.. tapi kena bayar lah... murah jer.. lepas tu buah apple tu kita bawak balik terus. Kalau ada yang nak manjat, petik buah apple yang tinggi tu, ada tangganya..

Ada jugak yang jual fresh apple juice di sesetengah ladang apple. Boleh lah menerai perah buah apple dengan mesin perah.

Seronok tau dapat experience petik buah apple ni... geram tengok lebat bebenor buah apple tu bergayut-gayut semua pada musimnya..


Apple Orchards are situated all around the valley. However, apple trees full of fruit can be seen only in the autumn season but is a lifetime experience.




Buah apple ini rasanya sangat manis serta rangup. Terdapat lebih dari 22 jenis buah apple yang ditanam di Kashmir.












Banjaran Himalaya, Pemandangan Ketika Menghampiri Kashmir

Banjaran Himalaya, Pemandangan Ketika Menghampiri Kashmir


Subhanallah...
Pemandangan dari dalam flight ketika menghampiri Kashmir... Lihatlah keindahan Banjaran Himalaya ini. Tak berkelip mataku memandang..

Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan ku melihat kecantikan yang kau cipta ini. Sesungguhnya.. pemandangan Banjaran Himalaya ini sangat menakjubkan!
.







Friday, 13 March 2020

Beautiful Houseboat at Dal Lake

Beautiful Houseboat at Dal Lake



Jika anda bercuti ke Kashmir, maka tidak sah jika anda tidak stay di Houseboat kerana inilah antara keunikan yang terdapat di Kashmir. Terdapat deretan houseboat yang banyak dengan berbagai kategori di Dal Lake



gambar dari google

Cuma anda yang perlu membuat pilihan yang bijak. Jenis houseboat yang dipilih itu adalah salah satu faktor yang akan menentukan harga pakej nanti... samada deluxe, luxury atau pun bajet houseboat.

Lebih-lebih lagi jika anda melancong di musim winter. Perlulah memilih houseboat yang sesuai kerana jika houseboat bajet, kebanyakannya tidak mempunyai heater di dalam bilik, cuma ada di ruang tamu saja. Dalam bilik cuma ada heater blanket saja. Jadinya, jika anda keluar dari selimut, akan sejuk beku lah jadinya! hmmm... ini adalah disebabkan perbelanjaan yang agak besar untuk menyediakannya.




Menginap di houseboat adalah menjadi kesukaan saya jika ke Kashmir. Apa lagi dengan menaiki shikara, melayari
Tasik Dal.... ouuhhh.. fefeeling Romantik gituuu..



Houseboat inilah yang saya gunakan dalam pakej Kashmir saya, kategori Deluxe Houseboat. Ia sememangnya eksklusif dan sangat selesa, Pengurusan houseboat ini juga mempunyai private shikara beserta pengendalinya sendiri, chef dan juga penjaga houseboat yang sangat friendly yang akan melayan anda bagaikan VIP. Maka itu, ianya sangat sesuai jika anda membawa orang tua sekali. Anda dan keluarga atau teman-teman akan berasa sangat selesa selama menginap di situ.




Berhadapan dengan houseboat itu, jika di musim summer/panas, akan kelihatan pokok-pokok lotus atau pun bunga teratai yang tumbuh penuh mencantikkan lagi pemandangan dan suasana di situ.

view depan houseboat musim winter.. 
pokok lotus dah layu semua..

view lotus di depan houseboat pada musim summer














heater dipasang di setiap bilik pada musim winter






 


Jika anda ingin diambil gambar oleh professional photographer pun ada disediakan servis di situ. Bolehlah berposing-posing cam saya tu dengan background pemandangan yang indah ye.. heheee...



So, apa yang difikirkan lagi.. 
Jom join my kashmir trip ðŸ˜Š







Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...