Beautiful Houseboat at Dal Lake
Jika anda bercuti ke Kashmir, maka tidak sah jika anda tidak stay di Houseboat kerana inilah antara keunikan yang terdapat di Kashmir. Terdapat deretan houseboat yang banyak dengan berbagai kategori di Dal Lake.
gambar dari google
Cuma anda yang perlu membuat pilihan yang bijak. Jenis houseboat yang dipilih itu adalah salah satu faktor yang akan menentukan harga pakej nanti... samada deluxe, luxury atau pun bajet houseboat.
Lebih-lebih lagi jika anda melancong di musim winter. Perlulah memilih houseboat yang sesuai kerana jika houseboat bajet, kebanyakannya tidak mempunyai heater di dalam bilik, cuma ada di ruang tamu saja. Dalam bilik cuma ada heater blanket saja. Jadinya, jika anda keluar dari selimut, akan sejuk beku lah jadinya! hmmm... ini adalah disebabkan perbelanjaan yang agak besar untuk menyediakannya.
Menginap di houseboat adalah menjadi kesukaan saya jika ke Kashmir. Apa lagi dengan menaiki shikara, melayari
Tasik Dal.... ouuhhh.. fefeeling Romantik gituuu..
Houseboat inilah yang saya gunakan dalam pakej Kashmir saya, kategori Deluxe Houseboat. Ia sememangnya eksklusif dan sangat selesa, Pengurusan houseboat ini juga mempunyai private shikara beserta pengendalinya sendiri, chef dan juga penjaga houseboat yang sangat friendly yang akan melayan anda bagaikan VIP. Maka itu, ianya sangat sesuai jika anda membawa orang tua sekali. Anda dan keluarga atau teman-teman akan berasa sangat selesa selama menginap di situ.
Berhadapan dengan houseboat itu, jika di musim summer/panas, akan kelihatan pokok-pokok lotus atau pun bunga teratai yang tumbuh penuh mencantikkan lagi pemandangan dan suasana di situ.
view depan houseboat musim winter..
pokok lotus dah layu semua..
view lotus di depan houseboat pada musim summer
heater dipasang di setiap bilik pada musim winter
Jika anda ingin diambil gambar oleh professional photographer pun ada disediakan servis di situ. Bolehlah berposing-posing cam saya tu dengan background pemandangan yang indah ye.. heheee...
So, apa yang difikirkan lagi..
Jom join my kashmir trip 😊
No comments:
Post a Comment