Sunday, 11 November 2018

Cara Memohon Visa dan eTourist Visa India

Assalamualaikum...

       V I S A  India...

Sebelum saya meneruskan untuk bercerita tentang keindahan di bumi Kashmir, eloklah jika hari ini saya bercerita sikit tentang persediaan penting sebelum ke Kashmir iaitu.. proses memohon Visa India ni, yang mana ianya adalah proses yang agak rumit juga, tidak seperti proses memohon visa ke negara lain... 





Walaupun paspot Malaysia sudah berada dalam ranking berpengaruh di dunia, yang mana rakyat Malaysia boleh memasuki sebanyak 153 negara tanpa perlu ada visa, namun tidak bagi negara India... entah kenapa.. mungkin masih belum serasi bersama lagi agaknya 😏


Sekarang ini sudah terlalu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk mengunjungi ke India, lebih-lebih lagi ke Kashmir, saya rasa meletup terus selepas cerita hindi Bajrangi Bhaijaan.. heheheee..

Di sini saya kongsikan permohonan visa yang baru, selepas saya sendiri renew visa setahun dan juga membuat e-visa bagi customer trip saya baru-baru ini..



Terdapat 2 Cara Memohon Visa :

1. Memohon Tourist Visa biasa di Kedutaan India


Jika anda memohon tourist visa biasa, anda perlu mengisi borang dahulu (download online). Kemudian anda perlu menghantar salinan borang tersebut bersama gambar(visa) ke Kedutaan India. Kalau tak tahu cara nak mengisi borang, anda boleh pergi ke kaunter di pejabat kedutaan tu, bayar mereka upah mengisi borang tersebut. Biasanya mereka caj antara RM20-RM30. Tapi anda kena bertabah lah untuk queue di situ beberapa jam ye sebab ramai sangat orang. 


Setelah selesai mengisi borang, anda perlu queue lagi untuk ke kaunter bayaran pula. 
Bayaran untuk visa adalah RM460. Selepas selesai buat bayaran, anda akan diberitahu tarikh untuk datang collect balik paspot anda yang telah ditampal visa di dalamnya tu, biasanya dalam 3 hari. Visa itu adalah Multiple Entry dan sah/valid untuk tempoh 1 tahun.



2. Memohon eTourist Visa (eTV), iaitu secara online


Cara kedua ialah memohon visa secara online iaitu eTourist visa (eTV). Cara ini mudah sebab anda tidak perlu pergi membuang masa seharian di kedutaan India untuk memohonnya. Cara ini juga memudahkan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Kedutaan India. Tapi awas, anda kena berhati-hati dengan beberapa website yang fake. Sila gunakan official website High Commission of India, indianvisaonline.gov.in

Anda harus lah scan gambar paspot background putih ukuran yang ditetapkan (2 inci x 2 inci) sebelum attach bersama permohonan itu sekali dengan salinan muka depan pasport anda dalam format PDF.


Setelah selesai apply online, anda kena tunggu sehingga dapat reply di email anda dan approval visa itu harus lah di print dan sentiasa dibawa bersama-sama paspot sepanjang anda travel di India. Bayaran untuk eVisa ialah 
USD80 @RM320 (ada 2.5% processing fee lagi dan juga GST). So,total dalam USD82. eVisa ini hanya valid untuk double entry dalam masa 2 bulan.

Perlu diingatkan, anda perlu memohon visa sekurang-kurangnya 4 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. Tetapi saya nasihatkan, apply lah 2 minggu sebelumnya kerana terdapat beberapa kes yang permohonan visa mereka di reject dan perlu memohon semula.




Tidak semua airport di India yang mengizinkan tourist yang menggunakan e-visa ini. Cuma 16 airport  saja yang membenarkan eTV iaitu : Amritsar, Bengaluru, Ahmedabad, Chennai, Delhi, Cochin, Goa, Gaya, Hyderabad, Kolkata, Jaipur, Lucknow, Mumbai, Trivandrum, Varanasi dan Tiruchirapali.

         *** harga yang saya paparkan ini adalah harga terbaru.

Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda semua 😃


.....pssstttt...

kalau ada yang nak join saya melancong ke Kashmir, boleh hantar mesej di sini..


1 comment:

Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...