Thursday, 2 January 2020

Tulips Garden Kashmir

Tulips Garden Kashmir


Kashmir Tulips Garden atau pun nama sebenarnya, Indira Gandhi Memorial Tulip garden di Kashmir, merupakan taman tulips yang terbesar di Asia. 

Ianya terletak di kaki bukit Zabarwan, menjadikan taman ini berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah.






Setiap tahun, pembukaan taman ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong kerana taman ini cuma akan dibuka lebih kurang satu bulan sahaja dalam setahun.



Indira Gandhi Memorial Tulip garden, previously Model Floriculture Center, is a tulip garden in Srinagar, Kashmir. It is the largest tulip garden in Asia spread over an area of about 30 hectares. It is situated on the foothills of Zabarwan Range with an overview of Dal Lake.


Musim bunga tulips adalah pada bulan april dan selalunya Taman Tulips akan mula dibuka pada akhir bulan mac hingga hujung bulan april atau pun kadang-kadang boleh juga sampai ke awal bulan mei.









Dalam kawasan Tulips garden ini juga mempunyai sebuah tasik yang cantik.


Andainya anda ingin mengunjungi Tulips Garden ini, bolehlah merancang percutian anda ke Kashmir pada awal bulan April. Jika lambat, bunga tulips akan layu.


Selain dari Tulips Garden ini, anda juga boleh melawat ke Shalimar Garden, Nishat Garden dan juga Pari Mahal di bandar Srinagar.


No comments:

Post a Comment

Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...