Kashmir In Autumn
Kashmir Autumn
Apa yang special musim Kashmir Autumn tu?
hmmm... bagi yang tak tau lagi, pada musim luruh (autumn) ni ada.. chinnar leaves, bentuknya lebih kurang macam maple leaves.. yang kuning-merah sangat cantik warnanya.. terus rasa romantik pulak.. heheee... ada saffron yang tumbuh waktu itu, ada pokok apple yang kita boleh petik sendiri buah nya okeyyy..
Walau pun saffron dan buah apple akan tumbuh pada musim Autumn ini, ianya tidak bermakna akan ada di sepanjang musim Autumn itu kerana bergantung juga pada faktor cuaca.
Kadang-kadang, musim Autumn ini akan menjelma lebih awal dari tempoh yang sepatutnya, iaitu akhir September atau awal bulan Oktober. Tapi ketika itu, chinnar leaves belum lagi berubah warna ke warna musim Autumn. Selalunya daun ini akan bertukar warna pada pertengahan bulan November.
Buah Apple pula, jika di akhir musim Autumn, akan tiada lagi di pokok. Maka, harapan untuk anda mendapat pengalaman memetik buah apple ini amat tipis lah...
Saffron pula akan tumbuh cuma dalam tempoh sebulan sahaja. Selalunya, di awal bulan Oktober. Jika pergi di pertengahan bulan November, kemungkinan besar ladang ini sudah bagai padang jarak padang tekukur.. hehee..
Jadi, ianya semua unpredictable...
Semuanya terpulang pada rezeki bakal pelancong itu sendiri ketika mereka berkira-kira untuk memilih tarikh untuk melancong ke Kashmir kerana kebiasaannya pelancong akan hanya melancong ke Kashmir
di antara 4-7 hari sahaja. Andalah yang menentukan sendiri samada nak dapat tengok bunga saffron penuh di ladang atau pun nak tengok chinnar leaves keemasan ye..
Antara 4 musim di Kashmir itu, musim Autumn lah yang paling aku suka sekali sebab pemandangan nya yang sangat cantik dengan chinnar leaves yang berbagai warna itu.
KASHMIR in AUTUMN
October to November (6-10 degrees):
Kashmir is a photographer’s paradise in Autumn. You will scarcely be able to stop clicking photos if you visit Kashmir in the Autumn. Chinnar leaves shed their golden leaves and the roads and pathways takes on amazing red, golden and fire orange colors.
gambar dari google
gambar dari google
gambar dari google
gambar dari google
Apple Orchards are situated all around the valley. However, apple trees full of fruit can be seen only in the autumn season but is a lifetime experience.
gambar dari google
Amacam... Cantik kan... Autumn season?
No comments:
Post a Comment