Showing posts with label kashmir saffron. Show all posts
Showing posts with label kashmir saffron. Show all posts

Monday, 23 March 2020

Kashmir In Autumn

Kashmir In Autumn


Kashmir  Autumn
   Apa yang special musim Kashmir Autumn tu?
       hmmm... bagi yang tak tau lagi, pada musim luruh (autumn) ni ada.. chinnar leaves, bentuknya lebih kurang macam maple leaves.. yang kuning-merah sangat cantik warnanya.. terus rasa romantik pulak.. heheee... ada saffron yang tumbuh waktu itu, ada pokok apple yang kita boleh petik sendiri buah nya okeyyy..

Walau pun saffron dan buah apple akan tumbuh pada musim Autumn ini, ianya tidak bermakna akan ada di sepanjang musim Autumn itu kerana bergantung juga pada faktor cuaca. 

Kadang-kadang, musim Autumn ini akan menjelma lebih awal dari tempoh yang sepatutnya, iaitu akhir September atau awal bulan Oktober. Tapi ketika itu, chinnar leaves belum lagi berubah warna ke warna musim Autumn. Selalunya daun ini akan bertukar warna pada pertengahan bulan November.

Buah Apple pula, jika di akhir musim Autumn, akan tiada lagi di pokok. Maka, harapan untuk anda mendapat pengalaman memetik buah apple ini amat tipis lah...

Saffron pula akan tumbuh cuma dalam tempoh sebulan sahaja. Selalunya, di awal bulan Oktober. Jika pergi di pertengahan bulan November, kemungkinan besar ladang ini sudah bagai padang jarak padang tekukur.. hehee..

Jadi, ianya semua unpredictable... 
Semuanya terpulang pada rezeki bakal pelancong itu sendiri ketika mereka berkira-kira untuk memilih tarikh untuk melancong ke Kashmir kerana kebiasaannya pelancong akan hanya melancong ke Kashmir 
di antara 4-7 hari sahaja. Andalah yang menentukan sendiri samada nak dapat tengok bunga saffron penuh di ladang atau pun nak tengok chinnar leaves keemasan ye..

Antara 4 musim di Kashmir itu, musim Autumn lah yang paling aku suka sekali sebab pemandangan nya yang sangat cantik dengan chinnar leaves yang berbagai warna itu.


KASHMIR in AUTUMN

October to November (6-10 degrees):

Kashmir is a photographer’s paradise in Autumn. You will scarcely be able to stop clicking photos if you visit Kashmir in the Autumn. Chinnar leaves shed their golden leaves and the roads and pathways takes on amazing red, golden and fire orange colors.


gambar dari google


gambar dari google


gambar dari google


gambar dari google



Apple Orchards are situated all around the valley. However, apple trees full of fruit can be seen only in the autumn season but is a lifetime experience.




Agricultural fest is organized in Parampore in Kashmir which is very famous. This is also the season for handicraft fairs and festivals in Kashmir as well as the jam and the jelly making season. Don’t leave Kashmir till you have purchased some Kashmiri stitch shawls and delicious cherry and apricot jam.


gambar dari google


Amacam..Cantik kan... Autumn season?





Monday, 12 November 2018

Saffron Kashmir

S A F F R O N


Apakah Itu Saffron ?


Saffron, sering juga disebut sebagai kuma-kuma. Ianya adalah nama untuk rempah-rempah dari bunga Crocus sativus. Saffron merupakan rempah yang termahal di dunia! Saffron digunakan dalam masakan dan juga sebagai bahan pewarna.



Dalam bahasa melayu, Saffron disebut sebagai kuma-kuma dan merupakan bumbu yang membuat nasi briyani menjadi warna kuning.

Dalam bahasa arab pula, Saffron itu disebut sebagai Za'faran, yang bererti kuning.  

Dalam bahasa Inggris, ianya ditulis sebagai saffron, yang diambil dari bahasa Perancis kuna safran yang berasal dari bahasa Latin safranum.


Saya telah beberapa kali berkesempatan mengunjungi ke ladang saffron. Tahun ini, kedatangan saya adalah pada akhir-akhir musim saffron. Jadi, dah tak banyaklah bunga saffron yang tumbuh seperti yang anda dapat lihat dalam gambar saya ini.. sudah jarang.. jarang tumbuhnya...

Ladang Saffron yang terletak di kawasan Pampore, Kashmir merupakan pengeluar saffron nombor satu di dunia serta kualiti yang terbaik. Bunga safron mulai mekar pada pertengahan musim autumn (gugur) dan bunga safron itu haruslah dipetik dengan segera setelah ianya kembang di waktu awal pagi kerana dikhuatirkan ianya akan cepat layu.


Safron mengandungi crocin, iaitu salah satu bahan pewarna karotenoid yang membuat makanan menjadi kuning keemasan. Rasa safron adalah sedikit pahit serta berbau harum seperti iodoform atau rumput kering.



Ini ialah akarnya, apabila telah dikorek dari dalam tanah. Proses mencabut akarnya itu dibuat dengan penuh teliti agar ianya tidak rosak kerana akar itu lah yang akan ditanam semula nanti.



Di dalam setiap kuntum bunga saffron ini, cuma terdapat 3 helai saja saffronnya, iaitu yang berwarna merah itu. Bau Saffron ini sangat wangi dan berkhasiat, digunakan dalam masakan seperti nasi beriyani dan juga minuman. Di Kashmir, teh kashmir digelar sebagai Kahwa yang dicampur dengan saffron, begitu popular wangi dan menyegarkan.

(gambar dari google)

Mengumpul saffron ini bukannya kerja yang mudah. Urat saffron ni perlu lah ditarik sehelai demi sehelai dari bunga saffron. Ianya tidak boleh diproses dengan mesin. Andai kata ianya dapat dituai dengan mesin seperti rempah ratus lain, sudah tentulah harganya akan menjadi lebih murah.

Sebanyak 75,000 bunga saffron digunakan untuk menghasilkan cuma seberat 1 pound saffron! wowww... patutlah harganya sangat mahal.

(gambar dari google)



Bagaimana Cara Menggunakan Safron?

Bagi kebanyakan orang, suka mencampurkan saffron di dalam Nasi Arab, Nasi Beriani, Nasi Tomato, Nasi Kerabu Kuning dan macam-macam jenis nasi lagi. Bagi satu periuk besar nasi, cukuplah letak dalam 10 urat safron, itu pun dah boleh buat nasi anda berwarna kuning cantik dan beraroma.

Cara mengggunanya ialah, rendam dahulu beberapa urat saffron dalam air panas, kemudian masukkan ke dalam nasi yang sedang mendidih supaya dapat warna nasi yang lebih sekata dan rasa lebih baik.

Untuk membuat air teh saffron atau pun digelar kahwa tea, masukkan beberapa urat saffron ke dalam air panas dan minum terus. Jika nak manis, campurkan dengan madu.


(gambar dari google)

Beginilah suasananya pada musim 
bunga saffron mekar subur. 
Cantik kan ?

(gambar dari google)

Setelah mengunjungi ladang saffron, singgah pula di kedai yang menjual saffron serta berbagai produk yang dihasilkan dari saffron. Saya memang membawa pelanggan ke kedai yang dipercayai ketulenan nya. Hati-hati ye, jalan beli safron sembarangan kerana banyak yang jual 'fake'.



Ini ialah tuan kedai

Teh saffron juga ada dijual siap dalam bentuk serbuk. 
Kami dihidangkan dengan teh ini ketika berkunjung ke kedai saffron Kessar Orchids





Saffron juga dikatakan sebagai sangat sesuai untuk merawat pelbagai masalah kesihatan, seperti alzheimer, asthma, depression (ambil untuk tempoh 6-8 minggu), masalah haid, kanser, batuk, kahak dan kulit kering.


Berbagai produk yang dihasilkan dari saffron









Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...