Showing posts with label houseboat at dal lake. Show all posts
Showing posts with label houseboat at dal lake. Show all posts

Friday, 13 March 2020

Beautiful Houseboat at Dal Lake

Beautiful Houseboat at Dal Lake



Jika anda bercuti ke Kashmir, maka tidak sah jika anda tidak stay di Houseboat kerana inilah antara keunikan yang terdapat di Kashmir. Terdapat deretan houseboat yang banyak dengan berbagai kategori di Dal Lake. 



gambar dari google

Cuma anda yang perlu membuat pilihan yang bijak. Jenis houseboat yang dipilih itu adalah salah satu faktor yang akan menentukan harga pakej nanti... samada deluxe, luxury atau pun bajet houseboat.

Lebih-lebih lagi jika anda melancong di musim winter. Perlulah memilih houseboat yang sesuai kerana jika houseboat bajet, kebanyakannya tidak mempunyai heater di dalam bilik, cuma ada di ruang tamu saja. Dalam bilik cuma ada heater blanket saja. Jadinya, jika anda keluar dari selimut, akan sejuk beku lah jadinya! hmmm... ini adalah disebabkan perbelanjaan yang agak besar untuk menyediakannya.




Menginap di houseboat adalah menjadi kesukaan saya jika ke Kashmir. Apa lagi dengan menaiki shikara, melayari
Tasik Dal.... ouuhhh.. fefeeling Romantik gituuu..



Houseboat inilah yang saya gunakan dalam pakej Kashmir saya, kategori Deluxe Houseboat. Ia sememangnya eksklusif dan sangat selesa, Pengurusan houseboat ini juga mempunyai private shikara beserta pengendalinya sendiri, chef dan juga penjaga houseboat yang sangat friendly yang akan melayan anda bagaikan VIP. Maka itu, ianya sangat sesuai jika anda membawa orang tua sekali. Anda dan keluarga atau teman-teman akan berasa sangat selesa selama menginap di situ.




Berhadapan dengan houseboat itu, jika di musim summer/panas, akan kelihatan pokok-pokok lotus atau pun bunga teratai yang tumbuh penuh mencantikkan lagi pemandangan dan suasana di situ.

view depan houseboat musim winter.. 
pokok lotus dah layu semua..

view lotus di depan houseboat pada musim summer














heater dipasang di setiap bilik pada musim winter






 


Jika anda ingin diambil gambar oleh professional photographer pun ada disediakan servis di situ. Bolehlah berposing-posing cam saya tu dengan background pemandangan yang indah ye.. heheee...



So, apa yang difikirkan lagi.. 
Jom join my kashmir trip ðŸ˜Š







Tuesday, 31 December 2019

6 TIPS ke KASHMIR

6 TIPS KE KASHMIR

Saya kongsikan di sini beberapa Tips untuk anda yang ingin pergi sendiri ke Kashmir..


1. TIKET FLIGHT INTERNATIONAL
Kalau nak murah, beli tiket AirAsia dari KL ke Delhi return, cuma time balik tu kena hadaplah bau-bauan mereka dan keluarga mereka 😊


Kalau poket tebal, bolehlah booking flight MAS. Flight Malindo tu, saya kurang suka sikit sebab selalu delay dan ada pernah cancel flight jugak.


2. TIKET FLIGHT DOMESTIK

Untuk domestic flight dari Delhi ke Srinagar, cari flight yang sama terminal dengan flight dari KL ke Delhi iaitu di Terminal 3. Ada 4 flight saja di situ iaitu Jetstar, AirAsia, Air India dan Vistara. Kalau flight lain kena naik shuttle bus ke Terminal 1 & 2. Apa-apa pun, always check Terminal ye. Jangan sampai airport nanti, baru menggelabah nak cari terminal berapa.

Saya suka Air India sebab check-in lagej nya 25kg tau, disamping ada meals sekali.. walau pun saya kurang minat dengan meals nya berbanding dengan flight Vistara. Tapi Vistara selalunya mahal, jarang buat offer. Flight domestik yang lain beri had check-in lagej cuma 15kg saja, termasuklah AirAsia.



3. SAVE BAJET

Kalau nak save bajet tak nak sewa hotel di Delhi, ambil flight lewat dari KL. Biasanya saya akan ambil flight kul 7pm dan akan sampai di Delhi dalam pukul 11pm. Kemudian ambil domestik flight yang paling awal, antara pukul 5-7am. Bolehlah lepak di airport Delhi je malam tu dan akan sampai di Srinagar pagi. 

Saya nasihatkan jangan ambil flight yang ada transit ye walau pun lebih murah. Nanti istilah ni timbul.. "So near yet so far" hahahha.. bayangkan, perjalanan yang dalam sejam lebih tu kalau ada transit dah jadi hampir 3-4 jam mungkin! Nanti karang, bertambah jetlag lagi..



4. ISI BORANG KELUAR-MASUK
Bila sampai airport Srinagar, ramai porter yang menunggu. Kalau nak senang, bagi je tips kat dorang, dorang akan bantu isikan borang masuk yang soalannya panjang berjela tu. Antara detail yang perlu diisi.. nama, visa no, visa expired, flight number, hotel tempat kita menginap dan lain-lain. Masa nak balik nanti pun sama, kena isi borang keluar pula.


5. PEMILIHAN TEMPAT TINGGAL
Pemilihan tempat tinggal juga adalah penting di Srinagar. Saya amat syorkan untuk anda stay di Houseboat yang terletak di Dal Lake kerana ianya adalah suatu keunikan yang ada di Kashmir, yang tidak ada di tempat lain. Apa tah lagi dengan menaiki 'Shikara' sebagai water taxi nya. Kalau hotel, di mana-mana saja ada hotel kan..

Berhati-hati memilih houseboat kerana ada houseboat deluxe, luxury dan juga houseboat bajet. Houseboat bajet ni tidak sesuai jika bawa orang tua sebab segalanya kurang selesa. Lebih-lebih lagi kalau pergi time winter, tak de heater dalam bilik! Jadinya, harga houseboat bergantung kepada taraf kategori bintang nya.


Jika stay di houseboat deluxe atau mewah, anda boleh rasai pengalaman dilayan bagai raja & maharani 😀 Apa taknya.. bila time makan, makanan akan disendukkan ke pinggan setiap orang oleh 'personal butler' yang menjaga houseboat itu.. dan masa kita makan, butler akan berdiri di belakang untuk memerhatikan apa yang kurang... wowwww.. gitewww...






Ini adalah Houseboat deluxe yang saya sediakan


6. LOKASI HOUSEBOAT
Seeloknya, pilihlah houseboat yang terletak di Dal Lake kerana ianya berhampiran dengan bandar. Dal Lake juga sangat 'happening' dan tidak sunyi dengan Shikara yang sentiasa berulang-alik di situ. Manakala, Nigeen Lake dan  Jehlum River terletak jauh dari bandar, kos pengangkutan lebih mahal, serta suasananya agak sepi sunyi sepi.


      Cukuplah dulu 6 tips yang saya kongsikan ni.

               Inshaallah saya tambah lagi lain kali....



Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...