Showing posts with label houseboat. Show all posts
Showing posts with label houseboat. Show all posts

Friday, 13 March 2020

Beautiful Houseboat at Dal Lake

Beautiful Houseboat at Dal Lake



Jika anda bercuti ke Kashmir, maka tidak sah jika anda tidak stay di Houseboat kerana inilah antara keunikan yang terdapat di Kashmir. Terdapat deretan houseboat yang banyak dengan berbagai kategori di Dal Lake. 



gambar dari google

Cuma anda yang perlu membuat pilihan yang bijak. Jenis houseboat yang dipilih itu adalah salah satu faktor yang akan menentukan harga pakej nanti... samada deluxe, luxury atau pun bajet houseboat.

Lebih-lebih lagi jika anda melancong di musim winter. Perlulah memilih houseboat yang sesuai kerana jika houseboat bajet, kebanyakannya tidak mempunyai heater di dalam bilik, cuma ada di ruang tamu saja. Dalam bilik cuma ada heater blanket saja. Jadinya, jika anda keluar dari selimut, akan sejuk beku lah jadinya! hmmm... ini adalah disebabkan perbelanjaan yang agak besar untuk menyediakannya.




Menginap di houseboat adalah menjadi kesukaan saya jika ke Kashmir. Apa lagi dengan menaiki shikara, melayari
Tasik Dal.... ouuhhh.. fefeeling Romantik gituuu..



Houseboat inilah yang saya gunakan dalam pakej Kashmir saya, kategori Deluxe Houseboat. Ia sememangnya eksklusif dan sangat selesa, Pengurusan houseboat ini juga mempunyai private shikara beserta pengendalinya sendiri, chef dan juga penjaga houseboat yang sangat friendly yang akan melayan anda bagaikan VIP. Maka itu, ianya sangat sesuai jika anda membawa orang tua sekali. Anda dan keluarga atau teman-teman akan berasa sangat selesa selama menginap di situ.




Berhadapan dengan houseboat itu, jika di musim summer/panas, akan kelihatan pokok-pokok lotus atau pun bunga teratai yang tumbuh penuh mencantikkan lagi pemandangan dan suasana di situ.

view depan houseboat musim winter.. 
pokok lotus dah layu semua..

view lotus di depan houseboat pada musim summer














heater dipasang di setiap bilik pada musim winter






 


Jika anda ingin diambil gambar oleh professional photographer pun ada disediakan servis di situ. Bolehlah berposing-posing cam saya tu dengan background pemandangan yang indah ye.. heheee...



So, apa yang difikirkan lagi.. 
Jom join my kashmir trip ðŸ˜Š







Friday, 10 January 2020

Dal Lake Kashmir

Dal Lake


Dal Lake atau pun Tasik Dal adalah sebuah tasik yang terletak di Srinagar Kashmir, mempunyai keluasan seluas 18km persegi. Dal Lake juga digelar sebagai "Permata di Kota Kashmir" atau pun "Jewel Srinagar".

Dal Lake menjadi tumpuan ramai para pelancung yang datang ke Kashmir kerana ianya mempunyai satu keunikan iaitu terdapatnya Houseboat di situ. Untuk sampai ke houseboat itu pula, pelancong harus menaiki 'shikara' dari jeti. Keunikan ini lah yang tidak terdapat di negara lain.

Dal Lake ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih. Ketika musim sejuk, suhu kadang-kadang mencapai -11°C (12,2°F) dan pembekuan tasik.

Jika cuaca panas, maka akan nampaklah pemandangan bukit yang memukau mata tu dengan jelas, Subhanallah.. cantik sangat...

Lihatlah keindahan Dal Lake ini...









sunset


Saturday, 4 January 2020

Shikara di Kashmir

Shikara di Kashmir


Shikara, adalah alat pengangkutan atau pun sama macam 'water taxi' yang digunakan untuk mengangkut pelancong dari jeti di Tasik Dal ke Houseboat.

Shikara adalah suatu keunikan yang cuma ada di Kashmir yang tidak ada di tempat lain dan kesemua pelawat sangat sukakan shikara ride itu. Ia juga boleh membuaikan perasaan kita, leka diulit rasa ketika shikara ride. Bayangkanlah.. jika cuaca cantik, pemandangan nya sangat indah dengan berlatarbelakangkan bukit.

Apabila ku berada dalam shikara ini, secara otomatiknya bagai terngiang-ngiang lagu hindustan kedengaran berlagu di cuping telingaku... maklumlah, aku ni peminat tegar cerita hindustan.. maka begitu asyiknya lah perasaanku melayari Tasik Dal... heheee..













Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...