Showing posts with label dal lake. Show all posts
Showing posts with label dal lake. Show all posts

Tuesday, 14 January 2020

Jeti di Tasik Dal

Jeti Tasik Dal


Jeti di Tasik Dal ini terletak di Srinagar dan mempunyai banyak 'gate' dan setiap gate itu mempunyai nombor. Suasana jeti di Dal Lake atau pun Tasik Dal memang selalunya meriah dengan para pelancong dan juga pendayung shikara. 

Kelihatan bersusun-susun shikara yang menunggu pelanggan datang. Jika anda telah mempunyai agen di Kashmir, sudah tentu agen anda akan menghantar shikara nya sendiri untuk menyambut kedatangan anda di jeti Tasik Dal.

Memang suasana meriah akan kita lihat dari jeti Tasik Dal ini. Jika di waktu pagi dan juga di waktu petang, akan kelihatan ramai peniaga jalanan menunggu pelancong samada yang baru sampai dengan shikara atau pun yang akan menaiki shikara untuk pulang ke houseboat. 

Jika sebelah petang, akan ternampak lah suasana bagaimana para peniaga dalam shikara yang akan menghimpit shikara pelancong untuk mencari rezeki.














Friday, 10 January 2020

Dal Lake Kashmir

Dal Lake


Dal Lake atau pun Tasik Dal adalah sebuah tasik yang terletak di Srinagar Kashmir, mempunyai keluasan seluas 18km persegi. Dal Lake juga digelar sebagai "Permata di Kota Kashmir" atau pun "Jewel Srinagar".

Dal Lake menjadi tumpuan ramai para pelancung yang datang ke Kashmir kerana ianya mempunyai satu keunikan iaitu terdapatnya Houseboat di situ. Untuk sampai ke houseboat itu pula, pelancong harus menaiki 'shikara' dari jeti. Keunikan ini lah yang tidak terdapat di negara lain.

Dal Lake ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih. Ketika musim sejuk, suhu kadang-kadang mencapai -11°C (12,2°F) dan pembekuan tasik.

Jika cuaca panas, maka akan nampaklah pemandangan bukit yang memukau mata tu dengan jelas, Subhanallah.. cantik sangat...

Lihatlah keindahan Dal Lake ini...









sunset


Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...