Tuesday, 14 January 2020

Jeti di Tasik Dal

Jeti Tasik Dal


Jeti di Tasik Dal ini terletak di Srinagar dan mempunyai banyak 'gate' dan setiap gate itu mempunyai nombor. Suasana jeti di Dal Lake atau pun Tasik Dal memang selalunya meriah dengan para pelancong dan juga pendayung shikara. 

Kelihatan bersusun-susun shikara yang menunggu pelanggan datang. Jika anda telah mempunyai agen di Kashmir, sudah tentu agen anda akan menghantar shikara nya sendiri untuk menyambut kedatangan anda di jeti Tasik Dal.

Memang suasana meriah akan kita lihat dari jeti Tasik Dal ini. Jika di waktu pagi dan juga di waktu petang, akan kelihatan ramai peniaga jalanan menunggu pelancong samada yang baru sampai dengan shikara atau pun yang akan menaiki shikara untuk pulang ke houseboat. 

Jika sebelah petang, akan ternampak lah suasana bagaimana para peniaga dalam shikara yang akan menghimpit shikara pelancong untuk mencari rezeki.














Friday, 10 January 2020

Dal Lake Kashmir

Dal Lake


Dal Lake atau pun Tasik Dal adalah sebuah tasik yang terletak di Srinagar Kashmir, mempunyai keluasan seluas 18km persegi. Dal Lake juga digelar sebagai "Permata di Kota Kashmir" atau pun "Jewel Srinagar".

Dal Lake menjadi tumpuan ramai para pelancung yang datang ke Kashmir kerana ianya mempunyai satu keunikan iaitu terdapatnya Houseboat di situ. Untuk sampai ke houseboat itu pula, pelancong harus menaiki 'shikara' dari jeti. Keunikan ini lah yang tidak terdapat di negara lain.

Dal Lake ini juga merupakan sumber penting untuk operasi komersil dalam dan sumber air bersih. Ketika musim sejuk, suhu kadang-kadang mencapai -11°C (12,2°F) dan pembekuan tasik.

Jika cuaca panas, maka akan nampaklah pemandangan bukit yang memukau mata tu dengan jelas, Subhanallah.. cantik sangat...

Lihatlah keindahan Dal Lake ini...









sunset


Saturday, 4 January 2020

Shikara di Kashmir

Shikara di Kashmir


Shikara, adalah alat pengangkutan atau pun sama macam 'water taxi' yang digunakan untuk mengangkut pelancong dari jeti di Tasik Dal ke Houseboat.

Shikara adalah suatu keunikan yang cuma ada di Kashmir yang tidak ada di tempat lain dan kesemua pelawat sangat sukakan shikara ride itu. Ia juga boleh membuaikan perasaan kita, leka diulit rasa ketika shikara ride. Bayangkanlah.. jika cuaca cantik, pemandangan nya sangat indah dengan berlatarbelakangkan bukit.

Apabila ku berada dalam shikara ini, secara otomatiknya bagai terngiang-ngiang lagu hindustan kedengaran berlagu di cuping telingaku... maklumlah, aku ni peminat tegar cerita hindustan.. maka begitu asyiknya lah perasaanku melayari Tasik Dal... heheee..













Friday, 3 January 2020

Chilai Kalan di Kashmir

Chilai Kalan


Chilai Kalan adalah gelaran yang diberi bagi musim sejuk yang extreme sejuknya di Kashmir. Ianya berlaku selama 40 hari pada setiap tahun, bermula dari 21 Disember sehingga 31 Januari. 





Ramai orang tempatan nya pun keluar dari Kashmir pergi ke tempat lain. Pada waktu itu, air di Tasik Dal pun membeku.



Pada jangka waktu ini, adalah dinasihatkan agar tidak melawat Kashmir. Salji turun dengan lebatnya dan sangat tebal lambakannya di airport, kerana airport Srinagar terletak di kawasan tinggi sehingga menyebabkan flight akan banyak di batalkan dan pengunjung akan stranded beberapa hari lagi dan ini akan menyusahkan mereka sendiri dari segi extra cost dan juga cuti tambahan.

Plan lah dengan bijak percutian anda...

Thursday, 2 January 2020

Tulips Garden Kashmir

Tulips Garden Kashmir


Kashmir Tulips Garden atau pun nama sebenarnya, Indira Gandhi Memorial Tulip garden di Kashmir, merupakan taman tulips yang terbesar di Asia. 

Ianya terletak di kaki bukit Zabarwan, menjadikan taman ini berlatarbelakangkan pemandangan yang sungguh indah.






Setiap tahun, pembukaan taman ini adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh pelancong kerana taman ini cuma akan dibuka lebih kurang satu bulan sahaja dalam setahun.



Indira Gandhi Memorial Tulip garden, previously Model Floriculture Center, is a tulip garden in Srinagar, Kashmir. It is the largest tulip garden in Asia spread over an area of about 30 hectares. It is situated on the foothills of Zabarwan Range with an overview of Dal Lake.


Musim bunga tulips adalah pada bulan april dan selalunya Taman Tulips akan mula dibuka pada akhir bulan mac hingga hujung bulan april atau pun kadang-kadang boleh juga sampai ke awal bulan mei.









Dalam kawasan Tulips garden ini juga mempunyai sebuah tasik yang cantik.


Andainya anda ingin mengunjungi Tulips Garden ini, bolehlah merancang percutian anda ke Kashmir pada awal bulan April. Jika lambat, bunga tulips akan layu.


Selain dari Tulips Garden ini, anda juga boleh melawat ke Shalimar Garden, Nishat Garden dan juga Pari Mahal di bandar Srinagar.


Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...