Sunday, 11 November 2018

Kashmiri Kahwa Saffron Tea

Salam Maghrib...

Di kala petang meniti senja, hujan lebat begini... terkenang pulak saya akan minuman kegemaran saya ketika berada di bumi Kashmir iaitu kahwa.. Saya teringat juga sewaktu saya demam dan selsema ketika di sana, saya disarankan meminum kashmiri kahwa ini. Selepas minum secawan teh ini yang dimasak khas oleh seorang teman di sana, alhamdulillah saya semakin sihat.




Kashmiri Kahwa adalah minuman kegemaran bagi masyarakat kashmir. Ianya digelar sebagai kashmiri tea, campuran berbagai herba yang dimasak di dalam periuk, diminum bagi memanaskan badan. Jika anda berkunjung ke rumah orang tempatan, pasti akan dihidangkan dengan teh kahwa ini. Ianya juga digelar sebagai saffron tea.




INGREDIENTS:
Green tea, cinnamon, saffron and cardamom.



BENEFITS: 
Acts as a natural remedy, beverage for fitness, release the stress, maintain healthy skin, a dose of energy, immunes digestive system, the magic of flavours, lower the risks of high calories.

PREPARATION:

Shake the jar first so that the ingredients mix properly. Add 1/4 teaspoon of Kashmiri Kahwa to 1 cup of water and boil for 5 minutes. Add sugar /honey to taste. Garnish with thin cut almonds.


Jemput minum... 😊





Cara Memohon Visa dan eTourist Visa India

Assalamualaikum...

       V I S A  India...

Sebelum saya meneruskan untuk bercerita tentang keindahan di bumi Kashmir, eloklah jika hari ini saya bercerita sikit tentang persediaan penting sebelum ke Kashmir iaitu.. proses memohon Visa India ni, yang mana ianya adalah proses yang agak rumit juga, tidak seperti proses memohon visa ke negara lain... 





Walaupun paspot Malaysia sudah berada dalam ranking berpengaruh di dunia, yang mana rakyat Malaysia boleh memasuki sebanyak 153 negara tanpa perlu ada visa, namun tidak bagi negara India... entah kenapa.. mungkin masih belum serasi bersama lagi agaknya 😏


Sekarang ini sudah terlalu ramai rakyat Malaysia yang berminat untuk mengunjungi ke India, lebih-lebih lagi ke Kashmir, saya rasa meletup terus selepas cerita hindi Bajrangi Bhaijaan.. heheheee..

Di sini saya kongsikan permohonan visa yang baru, selepas saya sendiri renew visa setahun dan juga membuat e-visa bagi customer trip saya baru-baru ini..



Terdapat 2 Cara Memohon Visa :

1. Memohon Tourist Visa biasa di Kedutaan India


Jika anda memohon tourist visa biasa, anda perlu mengisi borang dahulu (download online). Kemudian anda perlu menghantar salinan borang tersebut bersama gambar(visa) ke Kedutaan India. Kalau tak tahu cara nak mengisi borang, anda boleh pergi ke kaunter di pejabat kedutaan tu, bayar mereka upah mengisi borang tersebut. Biasanya mereka caj antara RM20-RM30. Tapi anda kena bertabah lah untuk queue di situ beberapa jam ye sebab ramai sangat orang. 


Setelah selesai mengisi borang, anda perlu queue lagi untuk ke kaunter bayaran pula. 
Bayaran untuk visa adalah RM460. Selepas selesai buat bayaran, anda akan diberitahu tarikh untuk datang collect balik paspot anda yang telah ditampal visa di dalamnya tu, biasanya dalam 3 hari. Visa itu adalah Multiple Entry dan sah/valid untuk tempoh 1 tahun.



2. Memohon eTourist Visa (eTV), iaitu secara online


Cara kedua ialah memohon visa secara online iaitu eTourist visa (eTV). Cara ini mudah sebab anda tidak perlu pergi membuang masa seharian di kedutaan India untuk memohonnya. Cara ini juga memudahkan bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Kedutaan India. Tapi awas, anda kena berhati-hati dengan beberapa website yang fake. Sila gunakan official website High Commission of India, indianvisaonline.gov.in

Anda harus lah scan gambar paspot background putih ukuran yang ditetapkan (2 inci x 2 inci) sebelum attach bersama permohonan itu sekali dengan salinan muka depan pasport anda dalam format PDF.


Setelah selesai apply online, anda kena tunggu sehingga dapat reply di email anda dan approval visa itu harus lah di print dan sentiasa dibawa bersama-sama paspot sepanjang anda travel di India. Bayaran untuk eVisa ialah 
USD80 @RM320 (ada 2.5% processing fee lagi dan juga GST). So,total dalam USD82. eVisa ini hanya valid untuk double entry dalam masa 2 bulan.

Perlu diingatkan, anda perlu memohon visa sekurang-kurangnya 4 hari bekerja sebelum tarikh berlepas. Tetapi saya nasihatkan, apply lah 2 minggu sebelumnya kerana terdapat beberapa kes yang permohonan visa mereka di reject dan perlu memohon semula.




Tidak semua airport di India yang mengizinkan tourist yang menggunakan e-visa ini. Cuma 16 airport  saja yang membenarkan eTV iaitu : Amritsar, Bengaluru, Ahmedabad, Chennai, Delhi, Cochin, Goa, Gaya, Hyderabad, Kolkata, Jaipur, Lucknow, Mumbai, Trivandrum, Varanasi dan Tiruchirapali.

         *** harga yang saya paparkan ini adalah harga terbaru.

Diharapkan perkongsian yang tidak seberapa ini dapat membantu anda semua 😃


.....pssstttt...

kalau ada yang nak join saya melancong ke Kashmir, boleh hantar mesej di sini..


Saturday, 10 November 2018

Jom Melancong Kashmir

Assalamualaikum 
Salam perkenalan buat pembaca yang budiman...

Blog Jom Melancong Kashmir Bersama Emie Johari ini baru saya wujudkan setelah hampir 2 tahun saya berulang-alik ke Kashmir samada bercuti sendiri atau pun membawa customer... heheee...


Kekerapan saya berulang-alik ke sana tu menyebabkan rakan-rakan menggelarkan saya seperti 'Balik Kampung' ke Kashmir tu! hahahaaaa... kelakar sungguh rasanya.. 😝



Masih saya ingat lagi, waktu kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi Kashmir ini adalah pada tahun 2009. Ketika itu, saya mengikuti rombongan dengan salah sebuah travel agency. Rasanya, trip itu terlalu singkat bagi saya dan apabila pulang ke tanahair, perasaan rindu yang teramat sangat bagai melambai ku untuk menjejakkan kaki lagi ke bumi indah itu.

Kali kedua, alhamdulillah rezeki walau pun tak lama, saya dapat kembali lagi sekali ke bumi Kashmir pada tahun 2016. Tika itu, saya ber'backpack' bersama travel buddies. Kami dalam rangka lawatan 16 hari ke India yang merangkumi Goa, Shimla(cari tempat lokasi movie 3 Idiots punya pasal 😉), Chandigarth, Hyderabad, Delhi, Agra, Jaipur serta bumi Kashmir... 


Apa??? India? Kashmir? eiiiiiiiii... tak busuk ke? tak kotor ke? haaa... waktu itu, ramai kawan-kawan yang merasa hairan dengan misi kami nak sampai ke Kashmir itu, kerana tika itu.. Kashmir belum lagi terbuka di mata rakyat Malaysia untuk dilawati. Malah ramai yang tidak mengetahui langsung tentang Kashmir. Berita yang digembar-gemburkan tentang bumi Kashmir tidak selamat untuk dilawati juga menjadi antara faktor penghalang keinginan mereka ke sana.




Pengalaman-pengalaman yang dikutip ketika berada di Kashmir adalah sangat bermakna.. Pemandangan yang sungguh indah dijadikan oleh Maha Pencipta di serata ceruk Kashmir ini sehinggakan Kashmir digelar sebagai 'Paradise on Earth'. Bayangkanlah... Subhanallah! View memang sangat awesome! 

Lagi satu... kalau korang tak berkesempatan nak melawat ke Switzerland.. jangan susah hati.. sebab di Pahalgam Kashmir juga, digelar sebagai 'Mini Switzerland'. Jadi, bolehlah korang bayangkan macamana indahnya view di Kashmir.. sampaikan boleh diberi gelaran seperti itu ye.

So, selepas trip itu.. sekali lagi saya merasa belum puas lagi menikmati keindahan bumi Kashmir dan sentiasa upload gambar-gambar view cantik di sana ke dalam facebook, yang mana menjadikan ramai yang telah membuka mata akan keindahannya. 


Entah kenapa saya tak pernah berasa puas berada di bumi Kashmir tu pun saya tak tahu... bagai digamit-gamit selalu... Maka, oleh sebab itu lah juga, saya kembali lagi ke Kashmir. Juga atas permintaan teman-teman, saya membuka dan menawarkan pula trip ke Kashmir kepada public / rakan-rakan fb dan sambutannya sangat menggalakkan.

Ok, saya letak tepi dulu tentang persoalan kehidupan penduduknya yang agak miskin (walaupun ramai juga penduduknya yang kaya raya) 
di situ, terutama sekali yang tinggal di luar bandar kerana di post ini saya cuma membicarakan tentang kecantikan alam semulajadinya dulu. 

Sudah banyak tempat juga yang saya dah cover di sekitar bumi Kashmir tu, tapi masih belum habis-habis lagi. Pendek kata, setiap kali saya 'balik kampung' tu, ada je lah tempat baru yang saya terjah.. 😅

ooooooohhh ye...

Untuk pengetahuan semua, saya juga merupakan salah seorang rakan kongsi di sebuah syarikat gergasi di Kashmir yang berdaftar dengan Ministry Tourism nya, beribu pejabat di bandar Srinagar dan juga mempunyai cawangannya di New Delhi. Jadi, saya tidak perlu takut lagi untuk ditipu oleh agen di Kashmir ye.

Buat anda yang di luar sana.. juga perlu berhati-hati untuk deal dengan agen dikashmir kerana ramai yang telah 'terkena' dan service mereka tidak seperti yang dijanjikan.



Saya bukan saja organise trip ke Kashmir, malah saya juga menawarkan trip Kashmir + Golden Triangle (Delhi-Agra-Jaipur). Masih ada yang kurang pasti dan bertanya pada saya, Taj Mahal tak pergi ke? ehh.. adaaa laaa... Taj Mahal tu terletak dalam bandar Agra tau..

Ok, rasanya cukup dulu setakat ini saya menulis, inshaallah akan saya sambung lagi posting tentang tempat-tempat menarik di Kashmir di lain masa pula nanti..



                            hmmmm... enak dan wanginya saffron tea ni! 😊
                                                                                                  

     Byeeeeeeeeeeee.... 
      
                             

Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...