Taj Mahal yang terletak di Agra, India merupakan Unesco World Heritage atau Tapak Warisan Dunia oleh Unesco, salah satu dari beberapa Wonders of The World. Ia juga merupakan salah satu kebanggaan rakyat India.
gambar dari google
.
Setiap tahun, Taj Mahal yang telah pun berusia 365 tahun ini menerima hampir 8 juta pengunjung dari serata ceruk negara demi untuk merealisasikan impian mereka untuk melihat dan merasai sendiri lambang keagungan sebuah cinta agung.
Kini, masalah telah timbul apabila terlalu ramai pengunjung yang datang. Batu Marmar Putih itu telah pun bertukar warna kekuningan akibat pencemaran udara serta sungai Yamuna yang mengalir bersebelahannya turut tercemar. Monyet-monyet pula telah memanjat monumen putih ini secara beramai-ramai dan mengganggu kawasan tersebut.
Apakah Sebabnya Harga Masuk ke Taj Mahal Dinaikkan?
Kerajaan India telah memikirkan cara untuk memelihara bangunan Taj Mahal ini supaya jumlah pengunjung akan berkurangan.
Maka sebagai inisiatif mereka, harga masuk (sejak bulan Disember 2018) ke Taj Mahal telah dinaikkan:
- Bagi warga India, dari 50 rupees ke 250 rupees (kenaikan 400%) kerana majoriti pelawat Taj Mahal adalah terdiri dari orang tempatan dan ianya akan memberi impak yang besar kepada mereka yang rata-ratanya bergaji rendah, purata gaji harian mereka adalah sekitar 270-300 rupees.
- Bagi pelancong asing pula, dari 1,000 rupees ke 1,300 rupees (kenaikan 15%)
"Diharapkan agar kenaikan harga ini akan mengurangkan jumlah pengunjung dalam 15-20% ke Taj Mahal". Begitulah menurut kata seorang pegawai dari Archaeological Survey of India, iaitu badan yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan monumen itu.
Selain itu, kenderaan bermotor juga tidak dibenarkan mendekati kawasan monumen ini. Jarak yang dibenarkan ialah 500 meter sahaja dari bangunan ini.
Dahulunya, jumlah pengunjung yang dibenarkan dalam sehari pada hujung minggu dan hari cuti ialah sebanyak 70,000 orang. Tetapi kini, kerajaan telah menghadkan hanya sebanyak 40,000 orang pengunjung tempatan yang dibenarkan dalam sehari.
“Kita perlu memelihara Taj Mahal untuk generasi akan datang.” menurut kata Menteri Budaya India, Mahesh Sharma.
Sumber: Telegraph.co.uk
Kenapa saya kongsikan info ini?
Ianya adalah kerana saya juga menyediakan pakej-pakej Kashmir + Taj Mahal. Untuk yang berminat mendapatkan quotation, boleh hantar mesej di sini.
Ianya adalah kerana saya juga menyediakan pakej-pakej Kashmir + Taj Mahal. Untuk yang berminat mendapatkan quotation, boleh hantar mesej di sini.
No comments:
Post a Comment