Antaranya:
1) JENIS PAKEJ
Samada Pakej Kashmir saja atau Kashmir + Taj Mahal atau Kashmir + Golden Triangle(Agra-Jaipur-Delhi).
2) TEMPOH PAKEJ
Tempoh pakej maksudnya, berapa hari tour yang mana ianya merupakan salah satu faktor dalam menentukan harga pakej.
3) MUSIM / SEASON
Samada musim sejuk (winter), musim bunga (spring), musim luruh (autumn) atau pun musim panas (summer). Musim bunga adalah peak season di Kashmir. Musim panas pula adalah waktu yang paling sedikit sekali pelancong datang dan musim panas itu adalah waktu yang paling sesuai jika ingin melawat ke Leh-Ladakh.
4) TEMPAT PENGINAPAN
Tempat penginapan samada houseboat bajet atau houseboat deluxe/mewah atau pun hotel.
5) BILANGAN PESERTA / PAX
Bilangan peserta juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga untuk ground pakej.
6) HARGA TIKET FLIGHT
Untuk sampai ke Kashmir, dari Malaysia kena naik 2 flight ye. Harga tiket flight ini tidak menentu dan waktu harga tiket paling mahal adalah dalam bulan disember kerana cuti sekolah panjang dan orang ramai keluar untuk holiday.
Selain bulan Disember, tiket di bulan april juga adalah mahal disebabkan waktu itu adalah peak season di Kashmir kerana adanya Tulips Festival. Tiket untuk musim panas adalah murah sebab tak ramai yang pergi waktu panas. Apa-apa pun, paling elok sekali ialah book tiket awal, sebaik-baiknya 6 bulan ke atas, inshaallah tiket murah sikit.
Kalau musim tiket mahal, harga tiket untuk 2 flight (international & domestik + lagej) boleh mencecah hingga ke RM1,900++ tau !!!
7) SERVIS EJEN
Sebahagian dari ejen yang mempunyai houseboat bajet selalunya tidak memberikan servis yang baik buat pelancong. Terdapat banyak kekurangannya.
Paling penting saya nak ingatkan di sini, iaitu pada musim sejuk/winter. Kebanyakan dari ejen houseboat bajet tidak menyediakan heater/pemanas di dalam bilik tidur serta ruang tamu houseboat, kecuali electric blanket di atas katil sahaja.
Begitu juga dengan penyediaan pemanas air di bilik air, penting sekali di waktu pagi untuk mandi dan nak berwuduk untuk solat subuh. Menggigil dan kebas lah dibuatnya. Ianya adalah disebabkan kos pemasangan heater adalah agak mahal.
Sebaliknya, jika di houseboat deluxe/ mewah, heater dalam bilik tidur (electric blanket juga ada) dan ruang tamu adalah 24 jam. Begitu juga dengan sistem pemanas air di bilik air adalah 24 jam.
So, jangan cepat melatah bila nampak paparan harga pakej yang murah ye.. Kaji dulu. Semoga info ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak.
No comments:
Post a Comment