Tuesday, 8 January 2019

KENAIKKAN 400% BAYARAN MASUK KE TAJ MAHAL

BAYARAN MASUK KE TAJ MAHAL DINAIKKAN SEBANYAK 400% ?

Taj Mahal yang terletak di Agra, India  merupakan Unesco World Heritage atau Tapak Warisan Dunia oleh Unesco, salah satu dari beberapa Wonders of The World. Ia juga merupakan salah satu kebanggaan rakyat India. 


gambar dari google

Taj Mahal dibina dalam kurun ke 17 oleh Shah Jahan untuk isterinya. Epilog cinta Shah Jahan terhadap isterinya yang tercinta, Mumtaz Mahal diabadikan dengan pembinaan makam ini, terletak dalam monumen batu marmar putih yang diukir khas, dinamakan TAJ MAHAL. Itulah lambang keagungan kisah cinta mereka.
.
Setiap tahun, Taj Mahal yang telah pun berusia 365 tahun ini menerima hampir 8 juta pengunjung dari serata ceruk negara demi untuk merealisasikan impian mereka untuk melihat dan merasai sendiri lambang keagungan sebuah cinta agung.

Kini, masalah telah timbul apabila terlalu ramai pengunjung yang datang. Batu Marmar Putih itu telah pun bertukar warna kekuningan akibat pencemaran udara serta sungai Yamuna yang mengalir bersebelahannya turut tercemar. Monyet-monyet pula telah memanjat monumen putih ini secara beramai-ramai dan mengganggu kawasan tersebut.



Apakah Sebabnya Harga Masuk ke Taj Mahal Dinaikkan?

Kerajaan India telah memikirkan cara untuk memelihara bangunan Taj Mahal ini supaya jumlah pengunjung akan berkurangan.

Maka sebagai inisiatif mereka, harga masuk (sejak bulan Disember 2018) ke Taj Mahal telah dinaikkan:

  • Bagi warga India, dari 50 rupees ke 250 rupees (kenaikan 400%) kerana majoriti pelawat Taj Mahal adalah terdiri dari orang tempatan dan ianya akan memberi impak yang besar kepada mereka yang rata-ratanya bergaji rendah, purata gaji harian mereka adalah sekitar 270-300 rupees.
  • Bagi pelancong asing pula, dari 1,000 rupees ke 1,300 rupees (kenaikan 15%)

"Diharapkan agar kenaikan harga ini akan mengurangkan jumlah pengunjung dalam 15-20% ke Taj Mahal". Begitulah menurut kata seorang pegawai dari Archaeological Survey of India, iaitu badan yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan monumen itu. 

Selain itu, kenderaan bermotor juga tidak dibenarkan mendekati kawasan monumen ini. Jarak yang dibenarkan ialah 500 meter sahaja dari bangunan ini.


Dahulunya, jumlah pengunjung yang dibenarkan dalam sehari pada hujung minggu dan hari cuti ialah sebanyak 70,000 orang. Tetapi kini, kerajaan telah menghadkan hanya sebanyak 40,000 orang pengunjung tempatan yang dibenarkan dalam sehari. 



“Kita perlu memelihara Taj Mahal untuk generasi akan datang.” menurut kata Menteri Budaya India, Mahesh Sharma.

Sumber: Telegraph.co.uk


Kenapa saya kongsikan info ini?

Ianya adalah kerana saya juga menyediakan pakej-pakej Kashmir + Taj Mahal. Untuk yang berminat mendapatkan quotation, boleh hantar mesej di sini.


Saturday, 5 January 2019

7 Faktor Untuk Bandingkan Harga Pakej Kashmir

BAGAIMANA nak MEMBANDINGKAN harga-harga pakej Kashmir ? 


Terdapat beberapa faktor yang anda perlu tahu... 

Antaranya:

1) JENIS PAKEJ 
Samada Pakej Kashmir saja atau Kashmir + Taj Mahal atau Kashmir + Golden Triangle(Agra-Jaipur-Delhi). 


2) TEMPOH PAKEJ 
Tempoh pakej maksudnya, berapa hari tour yang mana ianya  merupakan salah satu faktor dalam menentukan harga pakej.


3) MUSIM / SEASON 
Samada musim sejuk (winter), musim bunga (spring), musim luruh (autumn) atau pun musim panas (summer). Musim bunga adalah peak season di Kashmir. Musim panas pula adalah waktu yang paling sedikit sekali pelancong datang dan musim panas itu adalah waktu yang paling sesuai jika ingin melawat ke Leh-Ladakh.


4) TEMPAT PENGINAPAN
Tempat penginapan samada houseboat bajet atau houseboat deluxe/mewah atau pun hotel.


5) BILANGAN PESERTA / PAX 
Bilangan peserta juga memainkan peranan yang penting dalam menentukan harga untuk ground pakej. 


6) HARGA TIKET FLIGHT 
Untuk sampai ke Kashmir, dari Malaysia kena naik 2 flight ye. Harga tiket flight ini tidak menentu dan waktu harga tiket paling mahal adalah dalam bulan disember kerana cuti sekolah panjang dan orang ramai keluar untuk holiday. 

Selain bulan Disember, tiket di bulan april juga adalah mahal disebabkan waktu itu adalah peak season di Kashmir kerana adanya Tulips Festival. Tiket untuk musim panas adalah murah sebab tak ramai yang pergi waktu panas. Apa-apa pun, paling elok sekali ialah book tiket awal, sebaik-baiknya 6 bulan ke atas, inshaallah tiket murah sikit.

Kalau musim tiket mahal, harga tiket untuk 2 flight (international & domestik + lagej) boleh mencecah hingga ke RM1,900++  tau !!!


7) SERVIS EJEN 
Sebahagian dari ejen yang mempunyai houseboat bajet selalunya tidak memberikan servis yang baik buat pelancong. Terdapat banyak kekurangannya. 

Paling penting saya nak ingatkan di sini, iaitu pada musim sejuk/winter. Kebanyakan dari ejen houseboat bajet tidak menyediakan heater/pemanas di dalam bilik tidur serta ruang tamu houseboat, kecuali electric blanket di atas katil sahaja. 

Begitu juga dengan penyediaan pemanas air di bilik air, penting sekali di waktu pagi untuk mandi dan nak berwuduk untuk solat subuh. Menggigil dan kebas lah dibuatnya. Ianya adalah disebabkan kos pemasangan heater adalah agak mahal.

Sebaliknya, jika di houseboat deluxe/ mewah, heater dalam bilik tidur (electric blanket juga ada) dan ruang tamu adalah 24 jam. Begitu juga dengan sistem pemanas air di bilik air adalah 24 jam.

So, jangan cepat melatah bila nampak paparan harga pakej yang murah ye.. Kaji dulu. Semoga info ini dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak. 


Sonamarg in Winter Season

Sonamarg In Winter Season Sonamarg  bermaksud  ' Meadow of Gold' . Musim Winter di Kashmir akan berlanjutan selama 5 bulan iait...